Sekurang-kurangnya ada dua pendapat
umum yang salah yang orang-orang cenderung melakukan berhubung dengan khutbah.
1.
Tidak Perlu Persiapan
Pendapat yang pertama ialah bahawa
persiapan sesebuah khutbah itu tidak perlu kerana ia menandakan kurangnya
iman. Orang yang mengambil pandangan ini
cenderung merasakan bahawa iman yang sesungguhnya tidak perlu sebarang usaha
untuk mempersiapkan sesebuah khutbah, lalu berdiri begitu sahaja di hadapan
jemaah - percaya bahawa Allah akan membekalkan kata-kata untuk dikhutbahkan. Ia berserah sepenuhnya kepada pimpinan Roh
Kudus sehingga ia langsung tidak berusaha.
Ia lupa bahawa Roma 8:26 berkata bahawa Roh Kudus membantu kita dalam
kelemahan tetapi bukan dengan kemalasan dan kelalaian kita.
Ayat kitab suci kesukaan bagi
orang-orang seperti ini adalah Mazmur 81:11, "... bukalah mulutmu
lebar-lebar, maka Aku akan membuatnya penuh". Konteks Mazmur menunjukkan
bahawa ayat ini tidak ada kena mengena dengan pemberitaan firman Allah! Kecenderungan untuk mengabaikan konteks
alkitabiah tentang kitab suci sudah menjadi biasa bagi orang seperti ini. Ia menunjukkan sikap yang tidak
bertanggungjawab dan kurang matang.
Orang seperti ini adalah selalu didapati berbicara sembarangan
sahaja. Kita tidak boleh menyalahkan
Tuhan kerana kata-kata orang ini.
Memang tidak diragui ada tempat untuk
inspirasi, tetapi ada juga tempat yang sah bagi persiapan.
2.
Cukup Dengan Kemampuan Manusia
Pendapat yang kedua ini hampir
seekstrim kepada yang pertama. Dalam hal
ini, kepercayaan yang sepenuhnya diletakkan kepada persiapan dan kemampuan
manusia. Di sini hanya sedikit atau
langsung tidak ada ketergantungan kepada Roh Kudus, tetapi rasa yakin pada diri
sendiri sebagai hasil latihan dan pengembangan kemampuan semulajadi.
Latihan semacam itu memang mampu
menghasilkan cara perbicaraan yang menarik dan meyakinkan. Bagaimanapun, hanyalah urapan Roh Kudus di
dalam khutbah yang dapat melayani kehidupan Allah kepada Jemaah. Kebenaran adalah bahawa pelayanan yang
efektif memerlukan aspek ilahi dan manusiawi.
Allah pasti memberkati dan mengurapi bahan-bahan pemikiran yang telah
didoakan secara tekun dan yang telah dipertimbangkan semasak-masaknya.
Biarlah persiapan anda mengandungi
persiapan yang difikirkan masak-masak dan disertai doa yang
sungguh-sungguh. Berusahalah menjadi
yang terbaik yang anda mampu, tetapi pastikan juga bahawa keyakinan anda adalah
pada Allah, bukan pada diri sendiri.
Sentiasa percayakan pada Dia bahawa Ia akan memberkati dan mengurapi
pemberitaan anda.
No comments:
Post a Comment