1. Khutbah Bertulis
Ini adalah satu cara persiapan khutbah
yang memerlukan waktu yang cukup lama.
Ia melibatkan catatan yang sangat banyak. Seluruh isi khutbah ditulis sebelum
disampaikan. Pengkhutbah tahu dengan
tepat apa yang ia harus katakan dan bagaimana cara ia mahu mengatakannya. Setiap pemikiran yang ada ditulis sepenuhnya.
Cara seperti ini sering memerlukan
banyak kertas catatan. Ia memberi
perhatian pada hal-hal yang sangat terperinci, penyusunan kalimatnya dan
kata-kata yang tepat yang akan digunakan.
Setiap aspek khutbah yang dicadangkan dipertimbangkan secara terperinci.
Cara ini mempunyai kebaikan-kebaikan
dan keburukan-keburukannya. Kebaikannya
adalah bahawa seluruh bahan khutbah sudah dikerjakan dengan sedemikian
terperinci dan dengan sangat teliti.
Dengan demikian, ada suatu liputan yang cukup bagi setiap hal yang
penting tentang kebenaran yang berkenaan.
Tidak ada sedikitpun yang tertinggal.
Cara ini memastikan penanganan yang lengkap dan menyeluruh bagi setiap
hal.
Keburukan cara penyampaian khutbah
seperti ini ialah ada kalanya saat khutbah berlangsung ternyata ada yang tidak
menarik dan tidak dapat menguasai perhatian para pendengar. Cara penyampaian khutbah seperti ini boleh
dengan mudah sekali menjadi sangat membosankan.
Keadaan di dalam bilik sewaktu kita
mempersiapkan khutbah sangat berbeza dengan suasana di dalam ruang ibadah. Para pendengar mungkin sudah merasa bosan
mendengar khutbah tetapi khutbah tetap diteruskan juga kerana sudah disediakan
dan jika diakhiri sebelum waktunya akan ketara bahawa khutbah tersebut tidak
selesai.
Khutbah bertulis juga tidak memberi
ruang kepada Roh Kudus untuk memberi inspirasi kepada pengkhutbah sebab
ruangnya sudah ditutup rapat-rapat dengan perincian kata-kata manusia yang
sudah dipersiapkan lebih awal, mungkin seminggu yang lalu.
Cara ini juga tidak membolehkan si
pengkhutbah untuk berinteraksi dengan pendengar sebab matanya tertumpu kepada
bahan khutbah yang sudah ditulis dengan lengkap. Sebenaranya dia bukan berkhutbah tetapi hanya
membaca catatannya di hadapan Jemaah.
2. Jenis Catatan Kerangka
Ini adalah cara yang paling sering
digunakan dan yang dirasa adalah yang paling berkesan. Catatan dibuat sesingkat mungkin, menyediakan
garis-garis besar yang cukup tentang khutbah itu untuk membangkitkan ingatan.
Catatan-catatan singkat itu membentuk
suatu "kerangka" tentang khutbah.
Catatan-catatan tersebut adalah tulang-tulang yang dapat memberi bentuk
dan susunan tentang apa yang seorang pengkhutbah ingin sampaikan. Sewaktu pengkhutbah itu berbicara, ia menaruh
"daging" pada tulang-tulang dan "tubuh" pada khutbahnya. Dia mengembangkan pemikiran-pemikiran yang
mana catatan kerangkanya telah rangsangkan.
Cara ini memberi kesempatan pada
pengkhutbah untuk bergerak lebih bebas.
Dia tidak terlalu terikat dengan catatannya. Dia akan lebih terbuka untuk menerima ilham daripada
Roh Kudus yang sering datang kepadanya pada waktu ia sedang berkhutbah.
Penyampaiannya akan lebih spontan dan
menarik, tetapi kerangka khutbah tetap membimbing fikirannya tetap di landasan
yang tepat, tidak menyimpang. Dia mampu
memberi liputan fikiran yang mendalam dan mencukupi atas tema yang
disampaikannya, tetapi penyampaiannya tidak susah untuk diikuti.
Cara penyediaan khutbah seperti ini
menuntut pengetahuan yang luas tentang tema yang sudah ditetapkan sebab
pengkhutbah perlu mengembangkan kerangka khutbahnya secara spontan.
3. Khutbah yang
Tidak Dirancang (Spontan)
Gaya pemberitaan firman Allah seperti
ini bersifat spontan dan biasanya pada saat penyampaiannya tidak disertai
catatan apapun. Khutbah yang disampaikan
sering difikirkan masak-masak serta hati-hati sebelum disampaikan, hati dan
fikiran dipenuhi oleh aspek-aspek penting dari pesan firman yang akan
disampaikannya.
Cara ini sering digunakan untuk
menyampaikan jenis khutbah yang lebih inspirasi. Khutbah-khutbah penginjilan boleh disampaikan
dengan lebih efektif melalui cara ini.
Firman yang dibawakan mengalir dari hati dan sering melibatkan emosi
yang cukup kuat.
Penyampaian firman seperti ini boleh
jadi menarik dan merangsang apabila disampaikan oleh pengkhutbah yang mahir dan
berpengalaman serta diurapi Roh Kudus.
Ia menggetarkan emosi serta membuka fikiran.
Ada dua potensi keburukan dalam cara
ini. Pertama, ia selalu kekurangan isi
yang bererti, dan roh dan fikiran para pendengar tidak dibangun. Kedua, penyampaian mungkin menjadi penuh
luapan emosi sahaja, menjadi tidak masuk akal dan juga tidak meyakinkan.
Pengkhutbah juga cenderung keluar
tajuk perbicaraan kerana tidak ada panduan di dalam penyampaikan khutbah.
Ringkasan
Disarankan pemakaian catatan jenis
kerangka itu digabung dengan hal-hal yang baik yang ada pada 2 cara yang
lainnya. Catatan-catatan tidaklah perlu
sedemikian berat sehingga si pemberita firman Allah cenderung terikat pada
catatan itu. Dia ada kesempatan bergerak
lebih leluasa dan fikirannya terus terbuka bagi ilham yang lebih segar -
walaupun pada saat ia sedang berkhutbah.
Di samping itu, dia memiliki suatu
susunan pemikiran yang teratur di hadapannya.
Dia tidaklah berdiri di hadapan para pendengarnya dan berbicara secara
rambang mengenai konsep-konsep yang tidak berhubungan. Catatan bentuk kerangka ini sesuai dipakai untuk
mengajar dan berkhutbah. Bentuk dan isi
catatan yang digunakan untuk mengajar memerlukan penanganan yang lebih penuh
pada tiap subjeknya jadi satu bentuk catatan nota sangat diperlukan. Ia sangat sulit bagi seorang guru untuk
meliputi semua subjeknya tanpa bantuan beberapa catatan.
Kerana itu, disarankan agar anda
memberi perhatian untuk menguasai pendekatan catatan jenis kerangka ini. Pakailah cara ini pada masa anda
belajar. Sewaktu anda merenungkan isi
Alkitab, cubalah membuat catatan singkat yang sederhana dari ilham dan wahyu
yang anda terima.
Ini akan menolong anda juga apabila
anda membuat susunan khutbah nanti.. Membiasakan diri membuat catatan jenis
kerangka akan sangat menolong khususnya ketika anda berdiri untuk
berkhutbah. Cara ini akan membantu anda
melatih fikiran anda untuk memiliki pola pemikiran yang teratur. Ia membuat anda lebih lancar dan lebih mudah
untuk didengar.
Ringkasan Cara Penyediaan Khutbah
Tekstual
Khutbah tekstual adalah sebuah khutbah yang
menggunakan perikop sebagai bahan khutbahnya.
Untuk membantu para pengkhutbah agar dapat menghasilkan sebuah khutbah
yang dapat menjamah hati para pendengar, berikut ini adalah ringkasan cara
penyediaan sebuah khutbah tekstual yang dirasakan sesuai diamalkan dan
dijadikan sebagai satu panduan.
1. Pilihlah satu perikop di
dalam Alkitab (kalau tidak ada yang sediakan) dan bacalah ia berulang kali
sehingga kita mendapat kebenaran yang perlu disampaikan kepada Jemaah. Kebenaran akan timbul dari ayat-ayat tersebut
apabila kita membacanya berulang kali sambil berdoa.
2. Catatkan
kebenaran-kebenaran yang kita telah temukan itu di dalam bentuk pokok-pokok
khutbah.
3. Carilah tema dan pokok
persoalan yang mahu disajikan kepada Jemaah yang mampu dijelaskan oleh
pokok-pokok kebenaran yang terdapat di dalam teks yang telah dipilih.
4. Kelompokkan ayat-ayat
yang ada hubungan erti di antara satu dengan yang lain dari perikop di bawah
satu pokok perbicaraan. Biarlah tiap
pokok itu mewakili suatu pemikiran/pendapat yang terpisah. Tidak semua ayat akan berakhir di dalam
susunan seperti yang tercatat di dalam teks tersebut.
5. Rancanglah dan susunlah
pokok-pokok ini sehingga menjadi dasar untuk satu khutbah yang mudah diikuti
dan mempunyai satu kesatuan garis besar.
Khutbah tekstual yang benar bukanlah semata-mata
membuat sebuah tafsiran yang lancar dari ayat ke ayat tentang teks yang
dipilih. Jika caranya adalah seperti
itu, itu hanya menyampaikan sebuah ulasan dari ayat-ayat tersebut. Jangan hanya membaca ayat pertama dan memberi
tafsirannya, kemudian ayat kedua dan seterusnya kerana itu sudah tergolong di
dalam huraian Alkitab. Huraian ayat
Alkitab tidak tergolong sebagai sebuah khutbah.
Sebagai ilustrasi bagi satu rangka khutbah
tekstual, mari kita perhatikan Yohanes 15:1-8.
Perikop ini diberi tajuk “Pokok Anggur Yang Benar” (Terjemahan
Indonesia). Tajuk perikop tidak
semestinya dijadikan tema khutbah kerana tema adalah bergantung kepada
kebenaran yang kita hendak sampaikan.
Daripada saranan-saranan yang terdapat di dalam pokok utama, kita akan
mengambil tema “Murid Yang Berhasil” dengan pokok persoalan yang kita mahu
bincangkan atau bahaskan ialah “Bagaimanakah kita menjadi Murid yang berhasil”
berdasarkan kebenaran-kebenaran rohani yang terdapat di dalam perikop ini. Sila perhatikan rangka khutbah berikut ini:-
Tema : Murid Yang Berhasil
Pokok : Bagaimanakah kita menjadi murid yang berhasil?
Teks : Yoh 15:1-8
Pendahuluan
1. Apakah
yang diingini Tuhan daripada murid-murid-Nya?
a.
Pastinya Dia inginkan hati (iman) mereka - Ibr 11:6; Yoh 8:24
b. Tetapi juga kerja baik mereka-
Lk 6:46
2. Kerja juga
adalah sebahagian penting tentang pemuridan...
a.
Kita diciptakan untuk tujuan ini - Ef 2:10
b.
Melaluinya kita memuliakan Allah Mat
5:16; Yoh 15:8
[Kerja baik
adalah petunjuk sebagai murid Kristus yang berhasil]
Bagimanakah
kita menjadi murid yang berhasil?
I.
Meninggalkan
Perkara-perkara yang tidak memuliakan Allah
A.
Yesus mengajar.
1. Ranting yang tidak berbuah akan
dipotong. lalu dibakar - Yoh
15:6; cf. Ibr 6:7-8
2. Ranting yang berbuah akan dipangkas
supaya ia berbuah lebih banyak
Apa yang perlu dipangkas? -
dibersih
i.
Perbuatan/keinginan daging - Gal 5:19-21
ii.
Ego – perasaan tinggi hati:
iii. Bila Tuhan
memangkas sikap yang menjadi keinginan kita yang tidak memuliakan Allah ia
pasti rasa sakit dan ini yang menyebabkan banyak orang Kristian yang sekadar
dilahirkan dari atas tetapi tidak pernah dilahirkan baru.
II . Tetap Dalam Kristus
A.
Yesus mengajar.
1. Harus tetap di dalam Dia sebab
ranting tidak dapat berbuah sendirian, ayat 4
2. Tetap di dalam Dia, kita akan
berbuah banyak sebab tanpa Dia kita tidak mampu berbuat apa-apa,
ayat 5
B.
Bagaimanakah kita boleh tetap dalam Yesus?.
1 .Berpegang terus kepada ajaran-Nya
2. Firman-Nya membersihkan kita
daripada segala kekotoran
III. Berbuah itu penting untuk menjadi murid Yesus
A.
Yesus Mengajar.
1.
Memuliakan Allah dengan berbuah adalah tanda sebagai murid Yesus, ayat 8
2.
Murid-murid telah dipilih untuk menghasilkan buah, ayat 16
[Nasib murid yang tidak berbuah adalah sangat
mengerikan untuk difikir. Seperti
penulis Ibrani (Ibr 6:9), kami yakin bahawa kamu memiliki sesuatu yang lebih
baik yang mengandungi keselamatan.]
IV. Berbuah dapat ditunjukkan dengan pelbagai cara
A. Memenangkan jiwa bagi Kristus.
1. Paulus sangat ingin ke Roma - Ro 1:13
2. Lebih ramai menjadi murid Kristus. Mat 28:19-20
B.
Berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
1.
Sebagaimana Paulus menjelaskan tentang sumbangan kepadd orang miskin - Rm 15:25-28
2. Sebagai berkat Allah berlaku kepada
orang yang 2 Kor 8:1-2; 9:12-14
C.
Membina Karakter seperti Kristus.
1.
Petunjuk bahawa seseorang itu berjalan dalam Roh- Ga 5:16, 22-23
2. Tekun untuk ingin mengetahui tentang
kebenaran - 2 Pe 1:5-8
D. Memuji Allah dan Mengucap Syukur.
1. Buah daripada bibir kita dalam pujian
dan doa adalah korban rohani - Ibr 13:15
2. Yang kita persembahkan terus menerus -
Ibr 13:15
[Ketika kita
menghasilkan buah dengan berbagai-bagai cara, kita bukan sahaja memuliakan
Allah dan bukti sebagai murid yang berhasil, kita juga akan mengalami “hidup
berkelimpahan” yang mana Yesus ungkapkan dalam Yoh 10:10)]
V. Berbuah membawa kita kepada kepenuhan Hidup
A.
Memenangkan jiwa membawa sukacita
1. Seperti Paulus rasakan dengan orang-orang
di Tesalonika - 1 Tes 2:19-20
2. Sebagaimana Yohanes menyedarinya dengan “anak-anaknya”
- 3 Yoh 4
-Satu
sebab mengapa ramai orang Kristian tidak mengalami hidup yang penuh sukacita
adalah
kerana mereka tidak
berhasil dalam memimpin orang lain datang kepada Kristus!
B.
Berkongsi dengan orang lain akan menghasilkan sukacita
1. Mereka yang memberi akan diberkati" -
Kis 20:35
2. Kata diberkati boleh diterjemah sebagai
sukacita"
-
Jika orang-orang Kristian adalah materialistik dan kedekut sehingga mereka
tidak sudi berkongsi,
mereka tidak akan pernah merasakan keberkatan
dalam memberi!
C.
Mengembangkan Karakter seperti Kristus akan menghasilkan kepastian
1.
Bertumbuh di dalam pengetahuan tentang Kristus yang benar akan memastikan
“kemasukan yang
berlimpah”
ke dalam kerajaan kekal Tuhan kita - 2
Pet 1:8-11
2.
Mengembangkan kasih seperti Kristus memberi keyakinan tentang pemuridan dan
penyelamatan-
Yoh 13:34-35;
1 Yoh 3:14,18-19
-
Ramai orang Kristian tidak mempunyai keyakinan, dan tidak hairanlah jika karakter mereka tidak
pernah berubah yang terbukti dengan kasih
yang sedikit kepada saudara yang lain!
D.
Memuji Allah dan mengucap syukur menghasilkan damai sukacita.
1.
Doa adalah penawar bagi keresahan - Fil
4:6
2.
Sebagai respons pada doa kita, Allah akan memimpin hati kita kepada damai
sukacita-Nya- Fil 4:7
-
Kegagalan berbuah berhubung dengan doa, orang Kristian akan dipenuhi dengan
keresahan, bukan
hidup
yang berkelimpahan!
Kesimpulan
1. Mengapa
murid yang berhasil sangat penting...?
a. Ia
sangat penting untuk menjadi murid Kristus yang setia
b. Ia
sangat penting menjadi murid Yesus yang dipenuhi
2. Jika kita
ingin menjadi murid Kristus yang setia dan dipenuhi..
a. Tetap tinggal di dalam Dia dengan berpegang
kepada perintah-perintah-Nya
b.
Menghasil buah yang memuliakan Allah
"Dalam
hal inilah Bapa-Ku dipermuliakan iaitu jika kamu berbuah banyak dan dengan
demikian kamu adalah murid-murid-Ku”. (Yoh 15:8)
Nota: Dalam contoh khutbah
di atas banyak ayat rujukan. Ayat-ayat
tersebut sebagai panduan bagi seorang pengkhutbah sahaja bahawa ada rujukan hal
tersebut tetapi ayat-ayat itu tidak perlu dibaca.
Ringkasan Cara Penyediaan Khutbah
Topikal
Khutbah topikal didefiniskan sebagi suatu khutbah
yang mana pokok-pokok perbincangannya diambil dari temanya sendiri dan bukan
didasarkan teks Alkitab. Ini bererti
bahawa khutbah topikal mula dengan satu tema dan pokok-pokok utama khutbah itu
terdiri daripada pendapat-pendapat yang timbul dari tema tersebut. Dengan itu, khutbah topikal tidak memerlukan
teks sebagai dasar pemberitaannya namun itu tidak bererti bahawa pemberitaan
itu tidak alkitabiah, hanya menunjukkan bahawa ayat Alkitab bukanlah sumber
tema khutbah topikal.
Untuk menjamin supaya isi khutbah topikal
benar-benar alkitabiah, kita harus bermula dengan satu tema yang
alkitabiah. Pokok-pokok perbincangan di
dalam rangka khutbah harus diambil dari tema yang alkitabiah, dan setiap pokok
utama harus disokong oleh sekurang-kurangnya satu ayat Alkitab. Ayat-ayat penyokong pokok utama biasanya
diambil dari ayat-ayat Alkitab yang sedikit sebanyak jauh terpisah di antara
satu dengan yang lain. Sebagai contoh,
kita perhatikan contoh khutbah topikal berikut ini:-
Tema : Doa
Pokok Persoalan: Apakah alasan-alasan bagi doa yang
tidak menerima jawapan?
I.
Salah meminta – Yak. 4:3
II.
Dosa dalam hati – Maz 66:18
III.
Meragukan Firman Allah – Yak 1:6-7
IV.
Ketidaktaatan kepada firman Allah – Ams 28:9
V.
Kelakuan yang tidak menghormati nilai hubungan
perkahwinan – 1 Pet 3:7
Dari contoh di atas, kita dapat perhatikan bahawa
khutbah topikal memiliki satu pokok persoalan yang mana kebenarannya ditarik
dari tema itu. Dengan kata lain, rangka
ini hanya menghuraikan satu pokok persoalan sahaja iaitu, “Apakah alasan-alasan
bagi doa yang tidak menerima jawapan?”
Alasan bagi doa yang tidak menerima jawapan bukan hanya lima perkara di
atas sahaja tetapi untuk menyampaikan sebuah khutbah dengan pokok persoalan
ini, cukuplah 5 alasan untuk satu kali berkhutbah. Pokok persoalan tema ini mungkin juga boleh
dijadikan khutbah berseri.
Dalam pokok persoalan di atas, hanya membolehkan
kita untuk membincangkan faktor-faktor yang menghalang doa kita dari menerima
jawapan lalu pokok-pokok persoalan seperti ‘pentingnya doa, kuasa doa,
cara-cara berdoa, hasil doa dan sebagainya tidak boleh dicampur-adukkan di
dalam penghuraikan pokok persoalan di atas kerana di dalam setiap khutbah kita
hanya boleh menyajikan satu pokok persoalan sahaja.
Pola Rangka Khutbah
Tema : _________________
Pokok Persoalan: _________________
Teks : _________________
Pendahuluan : _________________
Kalimat Tanya : _________________
Kalimat Peralihan: _________________
I.
Bahagian Utama Pertama
1.
Tambahan Pertama _______________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
2.
Tambahan Kedua _________________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
Peralihan: Bawa Jemaah kembali kepada
pokok persoalan.
II.
Bahagian Utama Kedua
1. Tambahan Pertama
________________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
2. Tambahan Kedua
_________________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
Peralihan: Bawa Jemaah kembali kepada
pokok persoalan
III.
Bahagian Utama Ketiga
1. Tambahan Pertama
________________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
2. Tambahan Kedua
_________________________________
-
Huraian
-
Kalimat Tanya
-
Penerapan
Peralihan: Bawa Jemaah kembali kepada
pokok persoalan
Kesimpulan/Penutup/kemuncak
Undangan kepada anggota Jemaah
No comments:
Post a Comment